Qaseh Gold Junior
ialah campuran minuman botani formulasi 8 makanan sunnah terbaik iaitu
Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, Habbatus Sauda’ & air Zam
Zam serta tambahan Za’faran, Garam Bukit, Gam Arab, Pegaga, Badam,
Kismis dan Bayam.
Khasiat Qaseh Gold Junior sangat banyak iaitu:
- Membekalkan Tenaga
- Mencerdaskan Minda
- Menguatkan Sistem Imun
- MenyokongTumbesaran
- Membekalkan Serat
Mari kita tengok lebih lanjut lagi tentang gabungan unik 15 ramuan hebat Qaseh Gold Junior.
Kurma
Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam.
Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda.
Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering.
Amalan memakan kurma turut membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.
Madu
Dalam surah An Nahl ayat 69, Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
Tidak dapat disangkal lagi, madu memang kaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda dan meningkatkan tenaga.
Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan dan anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.
Kismis
Kismis membekalkan tenaga dan meningkatkan keupayaan minda,
Bersifat anti bakteria dan anti oksidan supaya tubuh kuat melawan jangkitan.
Mengandungi mineral yang melindungi gigi dan mata serta menguatkan tulang.
Delima
Antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada memberi kiasan ‘ merah bak delima merkah’.
Secantik
isinya, delima juga kaya dengan vitamin dan mineral serta anti oksidan
yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh
serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.
Zaitun
Minyak Zaitun cukup popular di negara Mediterranean dan merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik.
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan polypenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan.
Mengamalkan
minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan
awal kepada tubuh daripada risiko penyakit merbahaya seperti masalah
jantung.
Gingko
Gingko biloba terkenal sebagai ‘herba minda’.
Kajian
menunjukkan gingko berupaya merangsang fungsi minda dan menguatkan
ingatan. Gingko mengandungi anti oksidan flavanoid dan terpenoid yang
melindungi saraf, otot jantung, pembuluh darah dan retina mata.
Tiin
Buah
yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah
At Tin dan pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak.
Merupakan
sumber mineral, vitamin dan anti oksidan yang penting bagi meningkatkan
keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan
jangkitan.
Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan dan merangsang kuasa otak.
Badam
Badam termasuk dalam keluarga kekacang. Mengandungi riboflavin untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh.
Kaya
dengan protein, vitamin E dan mineral seperti kalsium, magnesium,
potasium dan zat besi serta anti oksidan flavanoid untuk menyokong
kesihatan yang baik.
Garam bukit
Garam semulajadi yang kaya dengan mineral.
Membantu
memperbaiki sistem pernafasan dan melawan jangkitan, merangsang fungsi
metabolik, mengimbangi PH tubuh, mengurangkan kekejangan otot,
memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel dan
menggantikan elektrolit yang hilang.
Habbatus sauda’
Juga
dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi
harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan habbatus sauda’ sebagai menjadi
penawar kepada pelbagai penyakit kecuali mati.
Kajian
mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imun tubuh dan
membekalkan tenaga kerana cirinya anti bakteria, anti virus anti
histamin, anti fungus dan anti oksidan serta dapat membantu mengatasi
pelbagai penyakit seperti asma, bronkitis, eczema, alahan dan batuk.
Bayam
Adakah kita masih ingat dengan kartun Popeye yang menjadi kuat setiap kali memakan bayam?
Tidak
dinafikan bayam ialah sayuran yang padat dengan khasiat kesihatan.
Mengandungi flavanoid yang berfunsi sebagai anti oksidan dan anti
inflamasi untuk meningkatkan sistem imun.
Bayam
kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral serta zat besi yang dapat
membantu mengatasi masalah anemia dan keletihan serta kalsium dan
magnesium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
Air Zam-zam
Air yang penuh keberkatan dan berupaya merawat pelbagai penyakit.
Mengandungi mineral yang lengkap dan seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
Za’faran
Dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan.
Merupakan
sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi dan zink
yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat dan
kuat.
Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.
Gam Arab
Juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut.
Merupakan prebiotik semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus dan melegakan masalah sembelit.
Pegaga
Pegaga
juga dikenali sebagai gotu kola, mengandungi banyak manafaat kesihatan.
Antaranya untuk membantu melegakan masalah eczema, jangkitan
pernafasan, asma, demam, selsema dan insomnia,
Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental dan mencergaskan tubuh.
0 comments:
Post a Comment